October 7, 2017

Kawan Aku Kahwin | Puncak Alam







Akhirnyaaa Diba telah pun sah menjadi isteri kepada pasangannya, Izzarul, 29 Sept 2017 yang lepas. Aku merangkap dulang girl pada hari pernikahan dan pengapit pada hari resepsi terasa terharu. Tak sangka. *lap air mata sipi sipi nak jatuh. sobs sobss* Kawan aku dah kahwin! I know it's not the ending. It is a beginning of her new life. Dia jumpa jodoh dia. Jodoh tak sesat dah! Lepasni jauh lagi perjalanan nak pergi. Banyak yang kena belajar bila hidup berdua.




video







To tell the truth bila dapat libatkan diri masa hari bahagia kawan aku lahh orang yang paling suka. Orang paling seronok. Masa mula-mula jadi pengapit macam blur amenda sebenar benarnyaa tugas aku? Lepas tu baru tahu. Itu pun lepas jadi pengapit untuk sepupu dan bridemaid untuk majlis sanding kawan baru "Ohhhh" tu sampai. Lambat sikit sampai.


Lagi yang seronok sebab dapat jumpa, luang masa sama-sama dengan kawan. Terasa macam baru habis sekolah padahal umur tepuk dahi kalau tahu. Bajet remaja muda lagi.







Wedding Diba ramai yang puji. Kalau orang nampak mesti ada yang dah pasang niat nak buat macam apa yang dia buat masa hari resepsi tu. Confirmm!







Akhir majlis tu pengantin hantar kita balik rumah. Aduduu amenda punya pengapit entah. Nak keluar kereta tu tak nak peluk dalam kereta. Nak jugak keluar kereta baru peluk. Tetiba rasa sebak sebab ye lah. Kawan kita kan. Dah kahwin. Happy and sad at the same time.





Gambar banyak yang recycle je. HAHA terima kasih kepada empunya pemilik gambar.

Alhamdulillah hari ni majlis resepsi belah lelaki pula. Semoga berbahagia selalu dengan jodoh yang dianugerahkan Allah. :)

October 1, 2017

Tiada Nombor IC | Tak Sah Taraf

Capai list name budak untuk kelas Smart Talk nak masuk dalam sistem terus nampak nama sorang budak ni sama macam aku tapi tak ada IC.

Berlawak dengan Kak El,
"Eh budak ni nama sama Qila tapi tak ada nombor IC. Qila letak IC qila lah eh. Hewheww"
"Oh budak ni. Tak ada IC."
"Eh? Tak ada IC", aku dah pikir budak ni bukan warganegara ke.
"A'ah. Anak tak sah taraf. Mak dia tinggalkan dia."
"Berapa umur dia kak? Dia kena tinggalkan dah besar macam tu ke?"
"Tak lah. Kena tinggal masa baby depan rumah pengasih."

Sebelum ni selalu dengar tapi tak pernah terfikir masa depan budak yang kena tinggal bulat2 macam tu tak ada surat beranak.

Ya Allah sedihnya rasa. Terus terpikir macam mana dia sekolah tak ada surat beranak. Tak boleh sekolah kerajaan kena masuk sekolah swasta. Sumpah kesian. Nanti dah besar lagi nak kahwin. Wehh macam mana dia nak tahu yang dia kahwin tu Halal untuk dia nikah.

Kak El kata nanti dia dah cukup umur dia dapat IC warna merah. Terus teringat drama TV3 tu bila tahu bakal menantu anak tak sah taraf terus reject. Ada pernah tengok rancangan tentang anak tak sah taraf ni jugak. Nak dapat kerja susah lepastu jadi homeless. 

Mak bapak dia punya pasal anak jadi mangsa.

Allah tu sentiasa bersama adik. In shaa Allah Dia selalu permudahkan perjalanan adik di dunia ni. Kalau buka dekat dunia, dekat akhirat nanti. Dan Dia akan bantu adik. 😢

Cuba kau buat sesuatu kat dunia ni permudahkan orang lain. Jangan susahkan orang.

Kak El sambung,
"Lepastu akak tanya orang yang handle Smart Talk tu kalau dia nak guna PC macam mana? (Nak guna PC kena masukkan nombor IC). Dia kata bagi nombor IC orang yang handle tu kalau dia nak guna. Tapi kan Qila. Budak tu tak guna pun. Dia tengok je budak-budak lain guna PC"

Agaknya dia nampak kena masukkan nombor IC bila dia nak guna tu yang dia tak jadi sebab dia tahu dia tak ada IC.

😭😭😭

.     .     .

Bersyukur Ya Allah aku ada Mama dengan Abah yang sayang aku. Aku tahu wujudnya mereka di depan mata aku dan aku boleh salam dan kucup tangan mereka. Nikmat yang Allah bagi. Ramai yang lalai sebab mereka ni ada depan mata.

August 30, 2017

Kawan Aku Kahwin | Perak

Bismillah..

Ehem ehemm..mic test test. >.<

Panjang nak cerita dan mengarut. Eh mengarut tak kot sebab tak cukup masa nak begitu.

Khamis lepas Cik Shida dan Cik Hidayah *tekankan CIK tu sebab kami je yang masih single :P* telah tidur satu malam di rumah saya. Ingat lepas jamu dinner bolehlah terus tarik selimut, rupanya diaorang bawak hadiah gedabak diaorang untuk dibalut. Hahaha besar ok. ambil masa kejap untuk balut.

Esoknya pergi Perak ikut jalan belakang, tak ikut highway. Singgah BhP Kuala Selangor nak isi minyak sekali tukar driver sebab Shida lagi tahu jalan belakang.  Aku pulak nak kena jahit lace siapkan baju bridesmaid deme yang baru dapat. Hidayah yeaa tugas dia jaga barang belakang je supaya tak dibawa angin keluar tingkap yang tertutup. *tak fahamkan? jangan faham XD*

Okay nak cerita pasal baju. Pengantin pos kain untuk masing-masing buat baju ikut sukahati. Baju bridesmaid aku siap sebulan sebelum majlis. Tapi disebabkan baju tu terlalu cantik, aku cari kain lain untuk buat baju lain. 😄 Serious tak tipu. Cantik dan meriahhhhh weh. Aku puji tailor tu sebab tu baju kedua yang aku buat dengan dia. 

Tapi cantik cantik sangatt pun, nak ganti pengantin duduk atas pelamin ke camner. Duduk atas pelamin ada pasangan takpe gak. Ni takde pon! HAHAHAaaa... so aku buat baju lain je.

Tu cerita baju pertama. Cerita baju kedua, tailor Cik Hidayah tutup kedai. Dengar cerita tailor lari balik kampung dia kat India. Okay. Gile tak gile. Gigih pergi beli kain lain dan cari tailor yang boleh jahitkan baju 1 malam. Lusa dah nak pergi Perak. Cik Shida pun mencari jugak kat PKNS tapi sungguh aku tak sangka ada gak kain sama warna dan sebijik. Tapi sebab tailor yang datang dekat aku untuk ambil kain buat baju tu so takkan nak cancel kan.


Sambung balik cerita perjalanan. Aku rasa kereta yang selisih dengan kitaorang sengih je nampak aku menjahit dalam kereta. First time weh. Terdesak punya pasal, pening pun tak rasa bila jahit dalam kereta tu.


Perjalanan ambil masa dalam 4 jam macam tu. Sampai Perak, kebulur terus singgah makan. Rasa bertuah terjumpa kedai nasi ayam yang superbb! Restauran Nasi Ayam Junid. Kedai makan nampak biasa je. Tapi bila sampai tu ada la sorang pakcik tu tapau nasi ayam tu berbungkus-bungkus. Sedap lah ni. Tiba lunch hour ramai gak yang beratus nak order. Bila order sampai and rasa sos ayam dia tu berkenan gile aku! Rasa nak tapau tapi nanti tak muat pulak baju pink meletups kita tu. hiks


Sampai je rumah Cik Liyana, masuk bilik, rehat-rehat kejap lepastu terus kerjakan photobooth. Bab ni aku sebenarnya terkilan. Kenapa laaa aku tak bawak je barang-barang aku untuk meriahkan lagi photobooth tu.


Hari nikah Cik Liyana!


Pagi-pagi terus bersiap, makeup shantek shantekk, dann terus pergi Masjid tempat nikah. Tapi sebab ada ceramah kat situ, contact tok kadi dan terus tukar venue. Bila tukar venue, saksi pulak tak sampai sampai. Sambil tunggu tu tiba-tiba tok kadi terus buat akad. Ingatkan rehearsal je. Rupanya dah sah pon jadi bini orang kawan aku ni! Dah Puan Liyana pun. >.< sebak weh. sebak.



Bila jumpa kawan kawan ni selalu tak sedar diri kita ni bukan budak lagi. Umur dah 25 tahun. Bila kawan dah maju selangkah jadi macam tak percaya.

Habis photoshoot lepas batalkan air sembahyang terus bergegas balik rumah tukar baju, bersiap untuk sanding pulak.




Okay aku nak comment sikit. Aku tak rasa photographer tu dapat gambar cantik masa kat video ni sebab bunga tangan Liyana tutup muka dia. He can actually ask Yana to the pose *salam* again tapi bunga pegang tangan kanan. Tu laa qila weh. Orang suruh belajar amek kursus fotografi takmo. Pastu sibuk nak komen. Sebab aku tend to see people's fault bila bab bergmbar ni. Heww Untuk gambar ni je la. Gambar photoshoot outdoor dah jeling sikit dan santekkk okengggg





Tengok la gaya atas pelamin tu. Entah bila nak merasa dewasa bila sentiasa terasa macam budak-budak sekolah menengah. =.=

Siap sanding, pergi photoshoot outdoor. Bagi ruang pengantin tangkap gambar, kita layan kita kita je. Seronok buat outdoor sampai basah berpasir kena air laut lah cerita dia demi gambar kahwin. hahaha ;D





Malam tu tengah layan gambar yang tangkap siang tu terdengar bunyi orang cuci periuk. Dalam hati dah terfikir pengantin tu mesti pergi dating keluar makan. Al maklumlah pengantin mana sempat makan banyak siang tu. Rupanya diaorang yang tengah cuci periuk belanga. XD terus panggil Cik Hidayah sekali turun kerjakan apa-apa yang patut.

Pagi esoknya semua tak nak bangun awal. Berselubung dengan selimut. Rumah kampung weh. Dugaan sangat nak bangun awal. Tetapi yeaa..sebagai early bird, acecehh aku bangun awal cari Liyana. Kereta tak ada, yang lain tengah tido lagi ok bosan. Dari duduk melangut, eloklah cari keje sebelum bertolak pergi wedding Ainy lepastu terus balik Selangor.

Tak lama tu Puan Liyana kita balik rupanya cari roti canai dengan nasi lemak. Allahuu..seronok eh jadi tetamu rumah pengantin ni. Dah kenyang siap-siap pulak pergi Meru Heights.

Ainy nampak cantikkk sangat! Entah berapa tahun tak jumpa. Selalu contact through whatsapp je memasing. Sampai-sampai je terus cari Ainy. Tak menyempat orang tu nak siap make up, nak jugak masuk bilik orang tu, nak jugak jumpa.



Sempat jugalah sambil duduk kat tepi pintu dengan si dara yang lain tengok Ainy sanding tu terasa sedih sikit. Pandang Shida, pandang Hidayah. Tetiba Shida bersuara, "Sedihnya weh. Bila kita nak kahwin?" :'(

Ni bertiga tau. Bukan sorang. Ada gak geng at least. Lawak pulak rasa.

Dah sampai Perak memang ramai la jumpa kawan-kawan diploma. Yang dah kahwin, dah anak sorang, yang dulu melidi kini tetap melidi, yang dulu berisi kini slim melim. Yang pasti dulu muka sapu bedak baby je sekarang eye shadow pink, pipi merah. Aku la tu kot eh? HAH!




Gitulah yeaa cerita tentang balik Perak. Nak di ikutkan memang tak puas sebenarnya. Tak sempat bosan lagi nak tengok muka diaorang. Rasa macam banyak benda nak bercerita tapi apakan daya. Motif ke sana memang untuk hadirkan diri. Nak tengok dengan mata kepala sendiri majlis kawan kita. Kawan dah la tak ramai. Ada berapa orang je. And at least balik Perak ni membantu juga aku dari segala segi. Emosi, kesedaran diri *tak sedar dah dewasa*, jiwa karat, muka kurang ketat, eh memacamlahh.

Akhir perenggan, terima kasih dekat tuan rumah yang menerima diri ini untuk bermalam kat sana. Tetiba tak sabar pulak nak ke sana lagi untuk tengok orang pakai stokin, calit herba kat dahi dengan rambut ikat siput tinggi. Wakakakakaa >.< 


August 10, 2017

Susah Jadi Baik

Tajuk 'Baik' dari dulu sampai sekarang tak habis.

Aku tahu aku tak baik. Harini tak. Semalam apatah lagi.

A person once thanks to me because I'm such a caring person and always there to help that person. I dont really remember that to be honest. Tak ingat pun apa yang baiknya aku buat.

Sampai lah harini sambil duduk dekat bilik selak handbag lama mencari barang dan terjumpa balik 'suratan atau kebetulan' yang tak terbuang-buang. Emosi weh baca. Dulu baca laju tahu-tahu dah sampai perkataan 'bye'. Kali ni baca satu demi satu terasa semua sel sel otak bergabung bagai memerah segala memori yang ada.


Memang pesen aku sekarang nak mula balik rutin sebelum tidur fikir apa salah aku dah buat harini aku kena betulkan. Tapi apakan daya. Kalau berfikir sebelum tido memang tak akan tido la caranya. Terbiasa sekarang ni bila rasa nak tido terus pejam mata dan (macam dalam gua eh sebut) lesapp lesappp sapp app ppp.....zzz

Bahagia didahulukan, merana terasa sekarang. Bukan lah merana apa pun. Rasa sedih kat diri je kenapa susah sangat nak jadi baik ni. Oh, dia puji aku cute. Ya Allah..lagi lah aku tak sedar pon pujian dia tu. Cute? 😂😂😂

August 6, 2017

Gembira dengan Anonymous

Untuk diri sendiri, tak ada apa yang boleh dibanggakan atau digembirakan. Oh. Baru semalam tahu Yuna dah tunang wehhh. Tunang adik beradik Sinclair, Adam Sinclair. Hah okay lah tu kita berbahagia artis yang dari zaman myspace kita follow tu dah tunang.

Lagi berita gembira kawan aku dah ada girlfriend. Bahagia dia aku tengok. :') aku mention benda ni sebab dia jarang tego aku kat twitter tetiba dia reply tweet aku. Hahahh


Gembira raya haritu macam biasa dapat kumpul dengan member sekolah. Ada la jugak cerita tersembul. Lepastu semua terdiam sebab nak proses perkara tersebut. 😂 Oh ada yang salah faham kemesraan aku dengan member uni kat twitter tu. Dia memang mesra acah sweet macam tu dekat semua orang yang rajin melayan ayat pickupline dia. hahahhh penceria hari. Padahal kat uni tak pernah tegur. Kelakar kan macam mana media sosial sebenarnya boleh merapatkan jurang hubungan dan tak kurang hebat juga dalam berkebolehan meleraikan hubungan orang. Ehem! Saya tak reti la ajak lelaki pergi karaoke sesama. (it's not funny anymore i know)


Gembira kawan sanggup menempuh jem dari KL datang ke open house kita. :')


Tahun ni pun takde kena paksa dengan member kena pegi open house member :') *tangisan kegembiraan* 


Kawan aku nak kahwin wehh bulan ni dengan bulan depan. Dah tak payah acah acah ada yang selalu kata aku kahwin dulu! Sila lah korang berlalu dahulu bersama dengan jodoh dunia in shaa Allah hingga akhirat. Ku doakan kebahagiaan mu, mu dan mu (sebab 3 orang yang nak kahwin tu) kisah cinta yang dari A sampai Z aku dengar dengan setia. Alhamdulillah.. I can't contain my happiness towards uoll's. 😊 ada yang minta rahsia nama walaupun tarikh nak dekat so kita tengah menahan diri ni dari sebut nama orang tu. Huhu nanti tiba hari majlis semoga kita rajin nak menaip dekat blog ni tentang kisah perkahwinan mereka. Please la. Tahun lepas 9 post. Tahun ni kena 10 post. Pemalas eh sejak dah keje ni. 



Gembira kerja pun yea. Ada waktu sibuk tak cukup tangan. Ada waktu free sangat masa tu sampai rasanya boleh lah bawak bantal dengan selimut datang tempat keje lepastu tido 1-2 hari. Melampau. 😂




Gembira ada kawan yang masih setia berkawan. 
Harap walau dah kahwin, beranak pinak tetap setia 
😊