September 30, 2011

Jangan perangai tu sibok ikut balik.

konflik dalam diri memang menyusahkan. sakit gilee hati cuba tanam dalam dalam perasaan. ingat senang nak kekalkan perasaan sabar tu bila diri sendiri actually memang jenis makhluk yang selalu hangin satu badan??

orang selalu kata bagus kesabaran tuu. bagus lah bila makin lama makin memakan diri kann?
cuba tak tampar meja, apatah lagi nak hentak kaki macam budak kecik melepaskan geram.
tapi dah terhentak cawan pulak sebab bengang yang simpan tengah hari tu baru terlepas malam semalam.

janganlah terbawa perangai yang dah lama dah aku tinggalkan tu ke rumah.
terok betol perangai tuh.

eh, jangan salah faham.
kebaikan datang bila finally dapat tahan tangan dari sentiasa tergenggam macam nak tumbuk orang.
sebab cabaran lagi tinggi duduk bersepah kat luar.
mungkin ni satu persediaan untuk kalis kan diri dari banyak lagi benda kat luar sana.

tapi tapi..
walaupun dah sedar semua kebaikan tu, maseh lagi bagai nak cubit cubit diri.
apasal lah ni?
gile.

dah terlebih suka kott.
perlu lebih banyak belajar untuk membatukan diri.
dan kadang kadang jiwa ni juga.
tu yang paling penting.

tertanya ke apa benda semua ni?
semuanya perkataan tanpa gambar.
jiwang memang dah berkarat dalam rasa ni.

maaf kerana memerlukan diri anda untuk menggambarkannya sendiri.
terima kasih membaca entry kosong tak membawa erti ni.  :)

ouh lagi satu. walaupun awal lah juga.
maaf kepala ni bukan computer boleh senang senang tekan delete macam tu je. tak suka pun nak jadi jenis mudah lupa diri. kalau dah terasa tu walaupun rasanya ini tak membawa makna apa apa, ada lagi yang lebih penting atau memang completely dah dilupakan. satu benda je nak cakap tapi membawa beribu cabang.


jaga diri.


dah malas nak pikir. tido dulu. kbai.

zaman bila ntah punye gambar apply balik
macam sesuai reaksi muka macam pa pe tu dengan entry kali  ni.


September 25, 2011

Majlis Merisik Farah 'Izzati & Hafiezal.


eh ehhh..hehe.. bila mula mula dapat tahu one of my friends have been purposed by his boyfriend. terasa bagai nak tersenyum sampai ke telinga. :)  eh. tak nak lah senyum sampai ke telinga. nak senyum macam domo nampak gigi tersusun. :D

Farah 'Izzati Binti Hasan Sharif
ada ciri ibu mithali ni tau.
belum lagi di tanda nih.

barang hantaran pihak perempuan.
satu daripada barang hantaran pihak lelaki.
proses merisik sedang berjalan.  >.<
Alhamdulillah..
kata sepakat sudah dicapai.
anda melepas. dia sudaa di tanda.
hehehe...
okey. tak sabar nak makan nasi minyak. XD

macam yang korang jamu mata korang dengan gambar kat atas, yea majlis berjalan dengan lancar and this is my first time ever tengok dengan mata kepala sendiri adat merisik ni. never wondering one of friends will be through this process dalam masa terdekat ni. don't you ever dare to ask me,

"anda pula bagaimana?"  *sambil angkat angkat kening

tolonglah tanya kepada yang dah ada calon bertahun tahun dalam hati tapi tak reti reti nak meminang lagi. ada siapa siapa yang terasa? hehe..maaf maaf.

anyway harap harap bolee pergi untuk proses proses yang akan datang. bertunang dan kahwin. wahhh..nak nasi minyak dengan air sirap. bunyik kompang pang pang pung. best best. >.<

masa minta izin mama nak pergi tu free free kena perli. sedih tauu..

"eh, nak pergi kenduri kawan tu pandai pulee nak bagi tahu. ke dah teringin sangat nak jugak?"

oh no nooo. terluka hati dek di calar dengan kata kata itu. HAHA! serious terasa. ni semua gara gara cerita dulu tuu.  -,-

teringin gilee nak tangkap gambar gambar yang macam dulu tuu..
click to see the pictures. :)




p/s: gambar gambar yang lain untuk entry yang lain kali. 
sangat tak cukupp masa untuk upload semua.
harap bersabar. :)

September 23, 2011

Silalah tahuu. :)

Tahu tak, tahu tak? hee.. XD  *kalau tak bagi tahu nak tahu apemendenye en.

semester ni bukan lah semester yang best. ha'ah.

Calculus 1 semester lepas yang aku gigil nak jawab final aritu, lepas tuh bila masuk semester ni kena pulak belajar Calculus 2. memang terkejut macam ape daa. memang tak laa.. mesti bagai nak pengsan jawab final nanti. okey. itu satu subjek. the second one is Java.

selama ni belajar C++ je haaa..tiba tiba upgrade masok Java. dengan syntax panjang berjela. bila buat test tak pernah masa nak cukop. cenggana hah nak buat final nii. menangis kat situ jugaklah kalau tak sempat buat.

and then ekonomi, multimedia. berpeloh peloh lah ceq nak jawabnye nanti. disebabkan Bel dengan Ctu dah lepas so tawakkal je laa yang tu..

kalau dah tak best kenapa macam seronok je masa mula mula tadi?





sebabb...  :)


















habis da tatap muka seorang demi seorang? siapa depa tu? apa special sangat dengan depa tu sampai aku pampang muka muka depa kat blog aku?

mereka kawan saya lah. 

nak ada muka kat sini jom jadi kawan saya. rela? HAHA :D

p/s: tengah tak sihat pon bole update blogg lagi. =.='


Enak kemudian menggelikan.

menu semalam., sangadd awesome okeyy. ais jagung special. sebab tak menyabar dengan godaan ais tu teros rembat.

credit to Flickr.
lepas tu takkan ais jagung semata-mata je kan. order la pule nasi goreng daging merah.

credit to Emirol Ezany.
nasi tu sampai jee terus makan. kelaparan dari pagi tak makan. pukul 5 tu baru nak makan. sedapp! semangad je kan. tapi sebab tak berapa nak sihat pastuh makan ais jagung pulee, first time tak dapat habiskan makanan. sedih tengok nasi tu tak dihabiskan. dahlah berbayar. free pon lagi makan sampai licin. ni berbayar lak en.

still ingat lagi nenek cakap, menangis nasi tu kalau kita tak habiskan dia. so tiap kali makan aku pun mesti makan sampai habis except for yesterday sebab betul betul tak mampu habiskan.

perot dah penuh tapi tak tahu kenapa tak senang hati.

okey okey, ready untuk cerita yang agak menggelikan

lepas bayar tu pergi toilet kejap sebab perut rasa tak sedap. dan makanan yang berharga tujuh hengget lima puloh sen tu teruss keluar balikk. i mean muntah. penad je tau mengunyah dan menelan dan menikmati dengan seenaknye. keluar balikk? =.='

bukan salah makanan tu pun sebab malam semalam tu pun the same thing happened. aku makan benda yang sama roommates aku makan. dia okey jee. aku yang bermasalah.
bila muntah mesti badan mula weak gile then demam. tak faham betol. so sekarang teros takut nak makan. :(

September 20, 2011

S*I* !!

eh. banyak pulak aku update blog sekarang. makin exam makin galak yea jari jemari ni menari atas keyboard. janji tak type panjang panjang harini. kihkihkih.. sebab kejap lagi nak tengok movie Hantu Bonceng! hehe..okey fine. aku tahu aku banyak ketinggalan.

here's the thing. correct me if I'm wrong. maksud aku english aku yang memang berterabur dan banyak kesalahan grammar yang basic. yeah saya tahu.  :'(  sadis bukan? megapa yea tergedik nak tulis omputih? sebab esei kali ni have related with my the most younger sister. since mereka pun sangat rajin baca blog aku ini. nak fully english nanti haramm satu benda korang tak faham apa aku merepek ni. manglish lah jawabnye.

i was playing the game that have red, yellow, blue and black color tuh. yang in real world binatang tu ada feathers tu lah. no need to mentioned the name of the game here sebab si kecil itu lagi terer main dari kakak kakak dan abangnye. then without I'm realize, my mouth said something that not really good to be heard for a 8years old kid.

s*i*


mungkin bukanlah perkataan yang amat teruk but i dont want my little sister growing up with saying even one of those words everytime she angry. tak lama lepas tu dia tanya,

"what the meaning of s*i*?"

aku buat macam tak berapa dengar,

"ha? ouhh..ship tu kapal. kapal terbang, kapal selam"

perbincangan stop kat situ juga.  perbincangan je lah. cerita aku tak habis lagi.

kawan aku terlalu mengikut ayat kat movie KLGangster. aku tak nak cuba sekali pun mengikut ayat Zizan dalam cerita tu sebab takut terbawa pula bila balik rumah nanti lepas apa yang aku terlepas cakap masa maen game tu. tapi kan. lepas tu kan. haihh..

last week like i have mentioned this before. aku balik rumah, after that balik kampung. dalam kereta. si kecik tu of course lah ada. then I heard she said, "puihh!"
disebabkan masa tu dalam kereta and my mum was at there too so aku just tego with saying her name je and asking where she learn that thing.

cuti nanti siap kau budak kecik kena ceramah dengan aku sebulan.

September 19, 2011

Menangis seorang wanita.

Haa..dah lama tak tulis entry that very common with everyone. tadi baru je habis 1 paper. tension? yup memang tension gamaknye. tertinggal sesuatu masa buat citations for my article. saboo je lah. anyway, since habis 1 paper let's we continue to  the vital things that I'm trying to bold here.

 Menangis.

malulah nak taruk gambar sendiri tengah nangis.
pinjam Mr.Google punya gambar.  :)

aku baru terperasan kawan aku (lebih afdal dirahsiakan identitinya) menangis. she crying while performed her prayer which almost everytime dia solat dan berdoa dia akan menangis dan membuatkan aku sentiasa terfikir apa yang ditangisnya.

masa lalu?
jasa ibu ayah?
yang dah tiada?
kepada Nya?


okey stop dengan menangis yang itu. because of that, then terus terasa nak search and type sikit pasal Menangis ini.

aku sendiri pernah berendam dengan air mata. takung air mata dalam tab mandi then berendam ke? =.=' dalam setahun tu mesti ada sekali mata jadi sembap. kalau dah tiba bab mata sembap tak mungkin lah that people crying because of something that happier kan?

it must be something like berduka cita kehilangan sesuatu yang tak mungkin dapat dikembalikan lagi. kalau dapat confirm simpan dalam peti kaca kunci dengan mangga siap dengan laser dan cctv so boleh perhatikan 24hours dan tak ada siapa akan curi.
atau juga penyesalan yang setinggi awan yang tak dapat dikapai. biar pun naik flight tak mungkin boleh dipegang dan campak kembali ke tanah, penyesalan itu.

faham je lah aku memang suka over over dalam mengarang ayat ni. then aku search lah sikit kat Mr.Google tentang tangisan manusia ini.

apa itu menangis? kata Encik Wikipedia, istilah menangis biasanya merujuk pada tindakan mengeluarkan air mata sebagai respon terhadap suahsana emosi pada manusia.

kenapa wanita menangis?
lelaki cakap perempuan memang suka menangis tanpa sebab. credit to tentangcinta.com .

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

kami menangis adalah kerana.. okey. itu adalah sangat awkward. pelik tahuu.
test test. wanita menangis. itu baru okey sikit. wanita menangis adalah keranaa... aku malas nak copy and paste. kalau terasa rajin silalah baca karangan yang agak panjang di bawah ini yang di-printscreen dari, top5reason.com



tapi jangan pula diabaikan dengan kata kata yang pernah korang dengar, lelaki pun kuat menangis?


pernah jumpa? tanyalah aku siapa. aku sebot nama penohnya. si polan anak si pelan. ehem yang duk dekat ehem ehem anak si ehem ehem ehem tuu. kenal tak? kompem tak kenal kan? =.='

Bila lelaki menangis? click untuk tahu lebih lanjut.


p/s: ada fakta terbaru. lelaki juga mampu menangis bila menonton NurKasih. o.O

September 7, 2011

Multimedia Mini Project. Done! [Updated]

finally Mini project Multimedia siapp! 

kali ni siap dan boleh lah dikatakan berpuas hati dengan hasilnya. ye ke puas hati? eemm... aa... boleh laaaa.... nak dibandingkan dengan sebelum ni dah siap tapi tak berpuas hati pun.

this is only the pictures since i cannot upload Director to the internet.
or else the video will be !&^$.
;)
mesej yang nak disampaikan tentang impian. supposed bendanya macam ni. after i show my video that showing about a kid that talking about her dream yang nak tolong orang yang dia sayang, i will ask to audience, have u achieve ur dream?
contohnya audience aku tu lelaki yang dah berkerjaya tinggi. then that man will flash back about his dream when he was a kid. he want to take his parents to Makkah. then he will ask himself, have he done that? or dia biarkan parents dia terkapai. something like that la.

tapiii bila lecturer tengok proposal aku yang tak berapa nak perfect tu then tiba-tiba she want me to put a message yang berbunyi begini,

semua orang yang mempunyai impian akan mengimpikan untuk berjaya.


heh? serious macam lari jalan cerita je. tapi lecturer yang bagi markah so marilah kita ekot saja kehendak dia. =.='

lepas click butterfly tadi keluar yang ni.
see the pink light tu?
it supposed to be like fireflies berkelip kelip.
ouh lupe nak bagitahu. saya sihat jee. >.<

aaa...ada tanya ke kan? HAHA tak banyak boleh type harini dan tak banyak yang boleh di post kebelakangan ni sebab terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan. macam hafal hafazan haritu. dah berbulan disuruh hafal 5 doa dengan maksodnye sekali hah. hari tu ada kelas CTU nak kena hafaz depan ustaz, haritu jugaklah baru nak hafal. selamat lepas.  aishh..await terok benor hang ni Aqilah?
udahlah tu. bebel. bilanya nak siap keje macam ni.

nampak budak comel tu?
there is where i put the video.
yeah. my little sister staring this video.
bunga kat tepi tu pula will be like daun yg gugur.
toche for reading my entry. okbai. :)


updated.
since i will submit my project today 8Sept2011 insyallah. so here i will show the video that i have made and i will submit.

September 4, 2011

Membetulkan salah faham.

oh yeahhh ! currently at my college now. keseorangan tidak berteman macam nak balik cuti raya haritu. haih.. sedihnya di hati. -,-

anyway simpan dalam poket kesedihan itu. ni nak habaq mai ni satu benda yang menjadi salah faham pada orang ramai. kenapa tiba tiba je di ungkit? sebab some of my friends asking about this to me and they totally misunderstanding about it.

gini ceritanye joyah,

a few months ago i have post a few entry yang menunjukkan aku sedang marah pada seseorang. since i was just break up with M.I.B.O. then ramai yang assume entry entry itu untuk ex boiprenn saya tuhh. anda salah and im totally sorry about that. kalau orang luar baca pun rasa macam tu, mesti my ex boiprennnnn tu pon begituh. oleh itu harap maaf yea di atas segala tersalah faham ini.

then untuk siapakah entry Bila aku jadi teruk itu?


.....


...


..


.


saja buat dot banyak banyak menunggu korang baca balik entry tu. hehe...

teruk gila kan apa yang aku tulis tu. but that is what i want to write to that person sebab penyepian yang dia nak tu buat aku nak cekik cekik dia. tapi sabar itu memang diperlukan yeaa untuk teruskan hidup. dan orang kata, kata kata itu lebih tajam dari pisau.

then siapakah orang itu? jeng jeng jenggg... biarlah hanya aku dan dia yang lebihhh tahu. tahu Anonymous pun tahu jugak tapi biaq pi lah dia. he supposed understand about my situation more than anyone tapi sebaliknya pula.

sampai situ sajalah. nak korek balik kesedihan sebab keseorangan dalam bilik tadi and sambung buat mini project. anda anda pula, silalah merajinkan diri pergi rumah member member. bila lagi masanya nak jumpa kawan kan.

terima kasih kerana membaca sehingga di noktah yang terakhir.  :)

September 1, 2011

Padang Besar, Perlis.

those yang tak pernah lagi pergi Padang Besar. mai la, mai laa... >.<


mahu patung?
atau asam?
beg angry bird?
patung angry bird?
 key chain,
 phone chain,
 phone case,
 bantal peluk,
 bantal busuk
 berwajah angry bird?
nak? nak?
peminat helicopter?
nampak harga dia?
boleh tawarrr...

bantal?
toto?
selimut?
tilam?
corak bunga petak bulat bulat,
kale itam putih pink biru, peta sendiri buat.
bentuk empat segi, bolat, bersegi segi.
carik carik barangg.
kerepek ada.
keropok ada.
keperek. merepekk.
untung bagi yang pandai buat muke comell.
boleh tawar dengan mudah. ;)
tipu je. kena pandai bermain kata actually.
favorite. jeruk  O.O
cantik bukan pemandangannya? :)
itu saja. selamat menikmati cuti yea. :)

Aidilfitri 2011.

seperti yang telah disangka sangka dari awal. memang tak seronok raya tahun niiii....  :'(

me-reply text kawan. :)
tapi 1 Syawal cuma datang setahun sekali je. so I try to enjoying myself as much as I can. 

kenapa yea tak seronok?

jadi mak andam seperti biasa.
sebab I prefer to celebrate raya with my close close relatives. walaupun beraya dengan mereka yang ramai itu menyebabkan diri aku tenggelam dan selalu orang skip untuk bagi duit raya, (perasan muda nak duit raya) but I love the environment

  • dengan busy-nye tambah kecoh kecoh kat dapur
  • pagi pagi raya dari paling tua sampai ke muda beratur untuk salam memohon ampun. masa tu masing masing lari cari tisu lap air mata. habes make up i tauuuu. 
  • orang lain perhabiskan kuih raya, orang lain yang kena isi balik =.='
  • tidur ramai ramai sama sama tak berpuak, gosip gosip gelak sakan.  >.<
banyak lagi tak terkira perkara yang boleh di simpan untuk jadi kenangan. :)


then even though umur aku 'mudaaa', masih gak dapat duet raya 2ringgit, 5ringgit dari relatives. =.=' terasa macam budak kecik pula. *orang dah bagi pun maseh nak complain.
tak de pun pandang duit raya tu, cuma jeling jeling tu ade laa.. XP  

i cannot be someone yang selfish. bole je aku golek golek, guling guling mintak balik raya dengan sedara belah yang rapat tu. tapi aku bertolak ansur dan menerima. apalah guna raya kalau bukan untuk rapatkan silaturahim bukan?  tapi kampung yang aku balik ni famili aku je yang balik kampung ni. nak rapat dengan sedara mana pula? =.=' 

okey.hari semakin panas pada raya ke-3 ni. dengan suhu yang semakin naik ini diakhiri dengan kata terima kasih sudi membaca entry ini. :)  dann...