December 31, 2011

Tak geli ke?

One of my friend wrote about this thing on her blog. dan secara kebetulannya masa ontheway pergi hospital tadi pun that is what yang aku perasan. aku pun tak tahu sama ada selama ni memang dia dah ada kat situ sepanjang jalan dan berlonggok kat tepi pokok atau pun baru baru ni dia baru wujud?

perkara yang lebih kurang sama masa pergi mandi pantai kat PD haritu. baru nak cecah laut tiba tiba ternampak.... urm.. I don't know if I should say it or not. bagi hint je lah.
benda itu sangat menjijikkan yang digunakan oleh si comel secara pakai dan buang. HAHA :D sumpah geli. oleh itu, instead of merugikan duit mama stay kat situ tapi tak mandi, kitaorang pergi sejauh yang boleh dari 'benda' itu dan mandi. omagaddd. I love you mama! *tibatiba -.-*
aku bukan jenis mudah phobia. cuma terkejut je 'benda' tu ada kat situ, and still aku mandi juga. ehemm. laut tu seluas lautan okey. perlu ke describe? buktinya aku masih hidup harini. =.='

kat PD. muka dua orang tengah tu mintak tapak tuu.

enough about that moment yang mengezutkan tuh.
sambung yang sepanjang ontheway pergi hospital. that is what I saw. sampah.
orang sebok pasal artis pakai seksi, kahwin muda nak kecoh, turunkan bendera ehem ehemm, budak hot sombong gile, ombak rindu tak habis habis, sampah masyarakat macam sampah. tapi benda yang paling simple in our life pun orang susah nak buat. buang sampah kat tong sampah.
jadi mak Jemah ber-gossip dengan angkatan jirannya cepat je kan. apa ada hal tambah dosa lagi sebakul.


I was thinking about how to settle this problem sepanjang tu. but hey. start dari diri kita dulu. some of parents kat luar sana tu langsung tak terapkan nilai murni macam
  • jangan buang sampah ikut tingkap kereta. 
  • simpan sampah dalam poket dulu, sampai rumah baru buang kalau tak jumpa tong sampah.
  • kutip sampah kalau jumpa.

lagi mengajar sebaliknya then buat depan anak lagi adalah. 
I just don't know macam mana kita boleh tak terfikir, macam mana nak hidup dengan keliling kita ada sampah. tak geli? panjang lagi ni kalau bebel. biarlah abang mata sepet kita yang cakap tentang benda ni.lebih menarikkan?  :)
kalau dah pernah tengok bolehlah tekan X yang hujung kanan tu. sekian. ;)







December 26, 2011

The First Three Days of my Midsem Holiday. :)

penyakit apalah ni tiba tiba tak kisah pun tinggalkan facebook dengan blogg. kalau dapat terus menerus macam ni pun bagus. :D tak ada rasa kesian dengan laptop yang tak dibuka. yess! ;DD




tapii..  :(





sebagai seorang student yang mengambil course Computer Science. dah memang sah sah lahhh laptop ni jadi kawan baik. susah senang bersama. seumur hidup memang bersama. -.-'



lokasi bercuti kali ni, instead of cold place. kitaorang pergi mandi laut!
tempat memang langsong tak best. :|  tapi selagi ada dengan family, semuanya ditanggung beress. :) I mean. seronoklah. I have fun with them. ;D




petang puas mandi laut, malam makan ikan bakar. dessert pula durian. ;DD
sumpah rasa macam nak keluar balik sebab terlalu kenyang. nak buat macam mana. kena habiskan kat belakang gerai tu gak. abah tak bagi bawa balik kat hotel. sedihh. :(  tak boleh nak menikmati durian tu sebijik sebijik *perlu ke?*. makan main sumbatt je.


classmate dah mula update status pasal assignment dan dah mula bertanya tanya. aku apa pon tak mula lagii. terlalu seronok spend time dengan family bagaikan dah lupa banyak kerja yang kena buat. sigh. *meruap muka.*  

December 22, 2011

It's time to double my stomach! yang already bloated tu. -.-

Assalamualaikum.

tak memahami kenapa kebelakangan ni aku always excited nak pergi tempat tempat yang membekalkan nasi minyak. macam gambar kat bawah ni.

"wahh..kenduri kahwin ada tempoyak dengan som tam!"  =.='


so yeah. last week pergi kenduri kahwin lagi. again weh. it's about KAHWIN.  kebelakangan ni pun banyak video video purposed. sangat lah sweet! at the same time membuatkan semua gadis gadis di luar mulai membayangkan how their beloved one will purposed them. aww...

hey! cuti ni pun ada kenduri lagii. ;DD mari menjamu selera dengan sirap limau! lagi. tak pernah bosan walau sekali. dah nama pun makan free. kihkihkih..

over betol. -,-


currently ada dekat bilik classmates. tak ada niat pun untuk tidur menetap disini malam ini. belum lagi terasa untuk jadi penetap asing. walaupun bilik ni ada katil kosong. niat cuma untuk menyiapkan assignment data struct yanggg..   macam.....   aa...     macam gitulah.

okey dah.


next week cuti kita update hari hari sampai lebam okeh. till next entry.
Enjoy your holiday. tangkap gambar banyak banyak! aku nak stalk.
Terima kasih. Assalamualaikum. :)

December 17, 2011

Bermula dari hilang calculator.

lepas wondering this whole week then finally terjawab. tak sia sia online dari petang sampai ke petang. =.='
I hope it won't happened again. and again. andd...again. because it hurt okey.
itu lah masalahnya bila masalah tu berpunca pada diri sendiri. nak buat apa pun takut.

I found that I became a kind of girl that I'm not supposed to be this lately.
That scary me and I'm hoping that I can control it. control myself.

kadang kadang bila kita okey yang ni, kita akan kurang pada yang ni.
dan bila kita mulai bagus pada yang ni, yang okey dulu tu terus makin hilang.
thats human. we're not perfect.
yet we still trying to be perfect in everything.

another thing yang dah lama aku perasan tapi baru nak mentioned sekarang sebab ia semakin obvious. orang yang tengah sedih selalu dengar lagu sedih memanjang. dulu tak layan pon lagu jiwang leleh ni. sekarang hah. bukak radio Muzik fm, Sinar fm. =.='
orang yang tengah baru sakan bercinta pulak kemain lagii dongdang lagu sayangg. *silaterasa* dengar lagu Kina Granis jee. HAHA :D


I wish they were here now.
so I can cry and laugh with soo hard with them.
I miss them. :'(

kepada orang petama yang meminjam bahu ni. :)
I'll pay your kindness but I don't know when. 
I hope it's not too late for me to say thanks and sorry for everything. again.
stay smile without me. it become easy each day. don't ever change it with tears.


p/s: never wonder I can be this emotional just because I lost my calculator. =.='

December 15, 2011

Aku. Kakak?

Assalamualaikum.

untuk pengetahuan anda semua yang tak tahulah.



aku anak sulung.




yeay!! =.='



dan secara terus terangnya dan sejujur jujurnya aku bukanlah kakak yang baik pun. *lagi statement berani* kalau dulu Puan Aini, mama saya lahh yang paling garang dalam rumah. and now akulah pemegang takhta tu. garang cam rimau. bagus. memang kawan aku pun panggil aku rimau belang sebab mata pink ni. bolehlah tukar nama sekarang. T.T

bila dah garang kau bayangkan je lah. siapa suka kakak yang garang? T.T tapi itu bukan satu masalah kepada adik adik saya yang gedik gedik itu. they know when I was angry it means I'm really really angry. itu bermaksud kesalahan yang dilakukan termaktub dalam akta yang menyebabkan hukuman paling berat. leteran dari kakak sampai kakak puas. terbaik bukan? >.<

sebagai kakak yang jauh dari adik adiknya, terasa pula macam aku ni anak tunggal. dan ini sangat tidak best. tak boleh nak buli mereka mereka. wait. aku balik rumah diaorang hah yang buli aku. :| terbalik kot.


dah kenapa tiba tiba cerita pasal kakak lah, rimau lah, akta lah?

saja nak bagi intro panjang lebar cenggitu. ;P  sebenarnya sebagai seorang kakak yang poyo dan perasan bagus *tiba tiba baik sangat mengaku sendiri*, aku nak promote adik aku yang seorang ni, Ain Nadhirah. bukan nak promote buat jadi calon isteri korang okeyy. memang tak ada kerja aku nak promote kat blogg. ni budakk lagi ni. nak promote blog dia. ada dua blog. one of it is about her daily life and the other blog ni sesuai kepada mereka yang suka membaca cerita.   I don't even read it.    YET.  ;P     but I believe her story was not bad. gilee tak best. bilik penoh dengan macam macam novel wehh. -,-


Ain Nadhirah's Blog


so. do visit her blog and if you want..if you want-lah. be her follower for those who have account okey.  >.<
thats all I guess. 

thank you! thank you! thank you! sebab blogwalking blog dia okeyy. :)
till next entry. selamat malam dan salam. :)





December 12, 2011

GreenRed


Assalamualaikum.

saja nak tayang shawls yang baru dibeli. ahakks. :D
okeybye.

December 11, 2011

Social Network | Menyedihkan. Masih Lagi Ada Lelaki Macam Ni.

Dulu bila tahu je ada new social network, teros terkedek kedek nak buat account. lepas tu melambaklah email dengan notification friend request, birthday, game request and so on dari Myspace, Tagged, Friendster, Pagii dan of course Facebook. :)

kebelakangan ni Facebook semakin membosankan. silalah setuju dengan statement berani mati aku ni sebab ramai dah pun yang post status macam tu kat facebook mereka. so, daripada menghadap facebook yang penuh dengan orang yang hot hot belaka dan yang agak sombong *lagi satu statement berani mati* , aku pun beralih dan buka balik semua account kat social network yang aku ada.


Myspace memang tak akan berubah lepas kewujudan Facebook. lebih membosankan. okey, next!


Friendster. dari dulu aku tak reti nak main bendalah ni. friends pun ciput. tak best langsung. next!


Tagged. jeng jeng jengg. famous amos betol aku kat tagged. ececehh..perasan perasan. -,-
dann. penoh dengan lelaki yang 'kekurangan kasih sayang'. kalau single tak jadi masalah. panjang sikit list aku. tapi masalahnya perangai tak senonoh. gambar gambar yang membuatkan aku kena sediakan baldi awal awal tiap kali nak check friend request. bukan sebab tak handsome or seangkatan dengannya okey. ingat aku ni gila bajet hot ke Jah. ish ish ishh.. sesungguhnya saya tidak menuju ke arah itu. cewah cewahhh.. =.='

gambar mereka sangat 18XX. buta ke apa diaorang tu pergi add aku. tak nampak default picture aku ke. ke tersilap tengok default picture aku pakai short dengan tube. berlagak macam mat saleh sungguh nak bergambar macam haramm tuh.

lepas tu Senah. tak habis lagi niii gossip sakan. haritu bukak Myspace ada mamat mana entah hantar message yang mintak tapak kaki yang melekat dengan taik kucing. bila agak aktif dekat Tagged. agak banyak yang hantar message yang lebih extreme. ada satu message ni yang buat aku rasa tersangatlah bengang tahap bangang.


Az: awakk nk kiss hihi
aku : Assalamualaikum.
Az: wsalmmm
Az: awak ade pnglam s*** x nk kngsi ngn awak la
aku : benda kalau dah tahu dosa buat apa nak buat.
Az: tanye jer..


mengapa mengapaaa.. macam haram lah perangai. dah lah default picture nampak clear gila gila muka dia. berani dia tanya soalan macam tu. itu pun lepas bagi salam still lagi berani tanya soalan gila tu. nama je kerja engineer. pikiran letak kat lutut. sia sia je belajar tinggi . tukarlah ic tuh. jangan nak mengaku orang melayu. apatah lagi mengaku agama Islam. bangsa dengan agama tak rugi apa pun bila kurang orang macam tu.

sebab tu everytime bila orang tegur say Hye kat tagged aku mesti bagi salam. yang gambar tak senonoh tu free free je dapat message tazkirah pendek aku. saya memang suka sakitkan hati orang yang tak sedar diri tak berpijak di bumi yang nyata macam tu. kadang tu menunggu gak. ada tak yang berani nak lawan balik. kalau berani siap siap lah teguhkan hati dengan kata kata yang berdesing dari aku. dah terang tang tang salah, berangan nak pertahankan diri.

tapi tak semua orang kat Tagged macam tu. some of them tersangat baik. :) some of them macam yang aku tulis kat atas ni.

menggeleng kepala sampai naik teleng bila tahu ramai lagi orang orang macam tu. bila orang sibok mengutuk luaran orang lain, semua tak sedar ramai lagi dalaman mereka yang makin membusuk. terlupa lah tu letak kat mana 'malu' diaorang.

muka kalau tak boleh blah tak apa. asalkan ada adab. ni tak. dua dua hancur. -,-


dan. muka kalau HOT buat apa. baik cari yang hati 'HOT'.  :)

December 10, 2011

Kawan, Couple & Ex.

Attention: entry yang tersangat panjang. ayat yang serius mintak tapak kadang kadang. 
boleh jadi kontroversi. ecehh... 
siapa terasa dipersilakan. dan juga agak berkias sedikit ayat yang diberi.


Aku tak adalah bagus dalam hal hal macam ni. apatah lagi nak expert but I will talking about this through all my experiences that I have and alos my friends experience. yea, yea aku tahu korang lagi banyak pengalaman. tak mo baca dah. pi blogwalking blog laen. *merajukk.*

perangai macam apa je kan. kita simpan dalam poket perangai yang macam mintak tapak tuh.

okey mula mula tanya lah aku pernah couple dengan jenis macam mana je. ;D



tak mo tanya ponn!





suka sangat buat aku touching tengah hari buta nii. T.T aku pun malas nak list banyak banyak ni. tapi yang penting macam macam jenislah luaran dan dalaman. still it doesn't mean I'm the expert of this thing.
let we start okey.


Ex tak nak kawan dengan kitee.
paling pantang bila orang yang dulu pernah ada relationship, break up then dia tak boleh terima hubungan tu diganti dengan kawan. paling kutuk habes. memang setiap orang ada hak. tapi tak rasa ke macam tak matang langsung perangai cenggituh.
apa salahnya berkawan? dulu berkasih kasihan mahu pula. manja manja nak. bila nak kawan je tak mo. maaflah aku tak paham. be matured, be matured.
bila wujud orang macam tu aku malas nak tanya banyak banyak. iya kan je. tak pernah pun ngidam nak berkawan dengan orang macam tu. buat aku tertanya tanya macam mana boleh kenal orang tu.


Couple haramm!
ada yang sebelum ni bila tahu ada kawan yang couple terus kena kat situ juga kawan tu diceramah. couple haram! Alhamdulillah ada yang mengingatkan kita dan masih ada yang berani tampil untuk menasihati kawan dia. :)
bila orang yang ceramah tu jumpa kekasih hati dan couple hilang teros haram dia. =.=' tiap tiap masa update status tentang cinta. ni betul betul mintak tapak.

kadang ada yang dulu nasihat kawan jangan macam tu. tak elok. konon risaulah. tapi bila dia buat tak apa pula. siap marah orang kalau halang dia. you should know better-lah than your friends when they don't like you do that.


Bekas aku kau amek? huh.
sesetengah orang tak boleh terima kalau kawan dia couple dengan ex-boyfriend/ex-girlfriend dia. orang kata macam ambil bekas orang lain. =.=' tak rasa macam ayat tu menuju ke satu persepsi ke? persepsi negatif. meh aku ulang. ambil bekas orang lain. siap bold lagi. faham dah kan? ke aku yang berfikiran jauh sangat. kalau ada orang macam tu gelak je lah. korang lebih kenal lagi ex korang tu dari kawan korang tu kan. buruk baik dia. jap. aku ni macam suruh orang gelak kat aku je. T.T *terasasendiri* kisah lama. :)


Mama cium tangan papa.
some couple sangat Islamik. mengingatkan pasangannya untuk menuju ke jalan yang benar. Alhamdulillah. tapi yeaa... mesti ada tapi. at the same time couple dia bukan jenis yang Islamik. I mean melebihi had yang dibenarkan. bukan lebih sikit. lebih tahap yang lebihh lah. buat fikiran aku short kejap tahu orang macam ni. siap kalau dah habis date mintak salam cium tangan. kes cium tangan ni I've been through this and aku sangat blank bila tiba tiba je kena macam tu. aku blurr. one of the reason why I change my mind about those guy yang begini cara dia and boleh teka apa pengakhirannya kan. kalau dah kahwin kan baru sweet. :)

seriously aku geli panggilan mama and papa tu. dah berangan nak anak sangat ke? sila buat secara halal.



Buah hati lagi penting dari kawan.
this should be at the top of the list sebenarnya. aku paling benci. aku dah tanya dan ramai yang bercerita kat aku tentang ni. tentang apa apa hal pentingkan kekasih. lupa kawan. tentang tinggalkan kawan sebab kekasih hati dia. masa diperuntukkan lebih kepada kekasih hati. kawan bila perlu je. they said that is a normal thing. tinggalkan yang dah kenal bertahun untuk orang yang baru  kenal berbulan.
diaorang bosan kot kan sebab menghadap dan melayan orang yang sama bertahun tahun. jumpa yang baru apa lagi. pecutlah kan.
perangai macam haramm.

those yang perangai macam ni. If your lover is not only your couple but also someone that you can share everything and anything then it shouldn't be a problem for you not to search your friends back.

December 8, 2011

Pengacara Muda Final. Anna Raffali 2 | Journal: Sedih. :'(

Assalamualaikum. :)

As what I wrote yesterday about the Pengacara Muda Final. Mari mari cuci mata lihat gambar yang sempat tangkap semalam. :)  tapi gambar Anna Raffali dari jauh je lah dapat tangkap. sebab aku bukan duduk seat VIP. and surely aku tak macam budak lelaki psycho yang tak tahu segan berdiri dekat dekat dengan Anna Raffali atas pentas. seriously psycho. memalukan kampus betol. urgh.


tayang tiket. ;D
artis kampus kami. ;D
boleh teka siapa bukan?
ANNA RAFFALI :)
she soo cute that night.
pemenang diumumkan.
untunglah jadi DJ radio perak fm. =.='
tak naik pentas tapi nak posing jugee. ;)

cukup cukup about last night. harini pulak punya cerita. macam macam emosi yang timbul. hot story ni Jah. tak lah hot mana pun sebenaqnya. ;P

bangun awal tak macam biasa pagi ni. semangat nak datang kelas pukul 8 pagi. 7.45 dah tercacak depan lab komputer. lab dibuka then muka happy jee dapat duduk depan dengan yang lain. ;D dapat bayangkan kan? macam ala ala kanak kanak riang gituu lah.
online duluu. baca segala status melambak dekat facebook. tepat pukul 8 lecturer masuk tapi pelik kami berempat je yang ada dalam kelas.


teka teka apa jadi...




rupanya kelas batal pagi tu. =.='  amek kau punya semangat nak datang kelas. lecturer datang pun sebab nak check takut student ada yang tak tahu.


macam haramm. terasa macam dipinggirkan okeyy. sebab terasa sedih sangadd terus mengada nak mengadu kat orang. haha :D *ni lagi macam haram -,- * tapi serious rasa sedih gile. silalah memahami.

dah sedih tu, terus timbul idea nak lepaskan kesedihan dan kegeraman pada sesuatu yang tak boleh dipisahkan dengan siapa siapa.



shopping!!




memang shopping sakan. macamlah nak beli barang dapur pergi shopping dekat tesco. muka sedih ditopengkan dengan muka gangster berlagak macam orang ponteng kelas. padahal kelas cancel. pathetic pathetic. -,-

muka sedih je kann.
teruja first time naik bas kampus kosong.
sorang duduk dua seat. tamak.



dah lah baju oren. nak beli oren.
oren orenn.. =.='
tafsirkan gambar ni. ;P
King's Egg Tart! XD

masing masing muka kepenatan.
okey dah puas shopping dan update blog. nak pergi kelas pukul 4 pula.
bye! dan salam. :)

December 7, 2011

Assignment, Sebiji Macam Blog Aku. | Anna Raffali

Assalamualaikum.

Sekarang jadi terbiasa pula untuk tidak online dan menggunakan masa yang ada untuk tidoo. :)

eh. bukan kata tak tidur siang ke kan? cerita ke***g ke apa ni? propaganda kah?  =.='

jangan cepat melatah broo. duduk kat kampus ni bukan mudah untuk dapat tidur yang mencukupi. tahu tak kenapa bro? sebab pagi sampai petang ada kelas. malam untuk meluangkan masa beratur panjang berjela jelaa untuk mengutip stiker dann bertungkus lumus menyiapkan assignment. faham faham? so, the rest of my free time tu digunakan lah untuk memejam mata dan melayari mimpi pendek. >.<

last week kan. sangad excited bila dapat assignment web programming. ;D tapi sangat tidak best bila hujung minggu lepas balik rumah atas sebab tertentu dan terpaksa bersengkang mata sampai pukul tiga pagi mencari all the html code that I want to fill my wish about the web that I dream for. wanna see it?


Lala's Profile.
see at the right top: bendalah pink tu will display my email.
facebook icon: link to my real facebook.
blogspot icon: link to my blog.
you tube icon: link to Lala's Video. (third picture)
cupcake icon: link to Lala's Cake. (second picture)
mp3: Valentine by Kina Granis.  :)
gambar bajet comel yang marquee.
Lala's Cake.
the same thing goes to bendalah biru at the right top.
myspace icon: link to Lala's Profile. (first picture)
mp3: Bunfire by Rosie and Me.

Lala's Video.
mp3: Gravity by Pixie Lott.
page that will display all my last semester video assignment for multimedia.

there. sebijik sejebon macam blogg aku ni kan? but it doesn't mean aku copy all the html from my blog ni okeh. =.=' setakat macam tu tak adalah aku tidur sampai pukul tiga pagi tuu. semua cari sendiri tauu. *bangga bangga*
kenapa bersusah payah? sebab takot nanti lecturer tanya then tak tahu apa or teragak agak about the function for the html tu. nampak tak permainan dia di situ?  ;)

actually almost all the html that I've been using for all my web page tu actually already learn by myself masa ada myspace dulu. dulu suka sangat godek myspace punya page tuhh sebab boleh edit sendiri anything that you want. best best! >.<   after that lupa sebab kemunculan facebook yang more simple and popular. popular tu Jahh.

anyway, maybe that's all for my entry ni. ouh yeah, teringat. tonight I will be going watch Anna Raffali performance for our Pengacara Muda competition. pandai depaa nak tarik orang datang. jemput artiss. tapiii aku tak minat pun Anna Raffali tu.




dah tak minat kenapa pergi? wondering wondering? *angkat angkat kening*

it's all about the sticker lah dear. nampak ayat berjela jela yang ending dia negeri perak tuh? potong garisan putus putus tu dan itulah stiker kami di kampus ini. bezanya selalunya tak perlu potong potong ni. sebab beli tiket dapat sticker, tu kena potong.

habisdahmembebel.nantikitabebelbanyakbanyaklagiokey.salam. :)

December 5, 2011

Makan Nasi Minyak Semenyih. :)

Assalamualaikum.

Mentang mentang balik rumah haritu sampai terlebih dos bahagia teros tak ingat blogg kannn. kalau selalu update pun bosan juge. marilah tebus kembali.

tengah tengok entry blogg yang lama lama untuk assignment web programming terjumpa pula satu entry ni yang mengingatkan perasaan berbelah bahagi aku masa semester dua dulu. melibatkan pemilihan antara dua orang yang terpenting. XD tapi ceq tak publish pun sebab tahu dua orang tu akan baca. :)

anyway, sebelum balik kampus semalam rezeki ceq makan nasi minyak. XD asal balik je rumah mesti kebetulan ada sepupu yang kahwin. serious aku pun tak tahu sepupu aku nak kahwin. family pun baru dapat kad kahwin two weeks ago. aku yang kat kampus ni lagi lah tak tahu apa apa.

kat majlis, adik adik yang lain tak tahu bila masa pulak pandai nak malu malu makan banyak. muka aku jugaklah yang amek nasi banyak. -,- pantanglah kalau jumpa nasi orang kahwin. ;) lalala~




disebabkan berkejar masa nak balik kampus, tak sempat nak tengok pengantin pakai baju pengantin. T.T
sedihkan cerita saya? =.='

nak tengok pengantinnya?

oppsss. in pengantin lama.
tak ada gambar pengantin. nama je pergi majlis kahwin. ;P

okeylah. kebelakangan ni asyik post pendek pendek je sebab sibuk sikit dengan kampus. bukan buat buat sibok okeyy. =.='


habis dah entry ni. salam. :)

muka macam haremm.

December 3, 2011

Terlebih Dos Bahagia. :)

Assalamualaikum.

XD  <-- muka yang teramat bahagia.


faham faham je lah kenapa bahagia sangat tuh.


:)


eh. still senyum lagi. await? hang dah jumpa kekasih baru kaa? ehem!! kalau ceq jumpaa pakwe baru, tak do ehh nak sebahagia camnih. :) ceq ada kat rumah nii. hihi! ;D

walaupun dapat duk rumah satu hari setengah jee. tapi heaven sangadd. :) padahal kalau duk rumah macam macam kerja kena buat. sapu rumah. cuci pinggan. lipat kain. sebabnya..
dapat teropong abe hensem depan rumah. ;D haha! gurau je lah. don't take it serious okeyy. -,- depan rumah aku tak ada rumah. ada jalan je okeh. =.='

sebab kenapa suka balik rumah? sebab..


Rumahku, syurgaku :)



lepastukan..kan kann..balik rumah je dapat makan sedap. pukul 6 pagi adik adik yang lain dah bangun. excited nak pergi Family Day dekat Sunway Lagoon. aku tak pergi sebab ada hal.
jumpa dekat Giant Shah Alam dan muka masing masing kepenatan dan kesedihan tak dapat mandi kolam sebab terlalu crowded. cian cian. selamat aku tak pergi. hikhikss.. mama pujuk mereka mereka makan pizza untuk menceriakan kembali muka yang masam mencuka itu. :)









dah. tak tahu nak type apa dah sebab dah terliur sangad tengok abah bukak durian.
okey. bye!
salam. :)