February 29, 2012

Leap Day! My 400th Entry. :)

Assalamualaikum

as every one know, today is a leap day!!! clap your hand!  *clap tangan sesorang dengan bersemangat di bilik. seriously scary. -,- *


sebab hari ni tarikh yang cuma tercatat 4 tahun sekali dan harini juga genap entry saya yang ke-400! :D
kita bermain dengan nombor 4 je harini okay.










Kelas terakhir untuk harini start pukul 4. nak jugak bagitahu kan kann?? sebab ada nombor 4 di situ.

Harini if I'm not mistaken, aku makan 4 kali dan merasakan berat saya sudah naek EMPAT kilo. HAHA! i'm joking here, pleasee... -.-'
korang memang suka dengar berat aku ber plus plussss. kan? tak payah jawab. tahu sudeyy.


aa..emm..dah tak tahu nak kaitkan apa lagi dengan nombor 4. oh! teringat. ada lagi stau.


saya ada 4 orang boiprenn. HAHA not funny. tipu je.



dah lah.
Good luck for me. ada 3 test + SQL test = 4 test.
see, see! number 4 again! I wish I'm 4 years old. harharharr...

Assalamualaikum dan terima kasih kerana membaca. :)

February 25, 2012

They keep playing in my mind.

Fuhh, fuuhhhh!
tiup 'process' yang keep playing in my 'memory'. it was like 'multiprogrammed batch system' that has several 'program' in one time. panas dah 'cpu' ni.

okay, okay. yang tak tahu mesti tak faham. yang tahu mesti bertambah tak pahamm. HAHA
it's OS subject. hentam je. mari saya translate dalam bahasa biasa.

so many things that playing in my mind this last few days.
macam macam lah difikirkannya.
bila have a thought yang bukan bukan, mulalah mimpi pelik pelik. ommaaiii..

mimpi kena kejar dengan kerabat Chucky. =.='
scary okay. truth story. tak de nipu nipu.



kalaulah gambar dekat ic macam ni.  -.-'


but what I'm thinking semalam semalam dan sekarang langsong tak ada terselit walau sikittt pun orang yang teringin sangat saya lupakan tu. oh yeihh! berjaya!  :')

I've told you right?
walau mungkin mengambil masa bertahun tahun mungkin, but you will forget them finally.
itu pun kalau itu yang kita mahu. kalau sikit sikit dukk teringat memang tak jadilah.
Insyallah.. trust to Allah. Everything will be fine.
Tiada yang perlu kita lebihi melebihi kepercayaan pada yang Esa. :)

ada gaya macam penceramah bukan? >.<


I'm trying not to be too happy. kalau terlalu gembira di hati, nanti tiba tiba lain pula jadi. -.-'
eh, macam pantun lah. harharr.. ;D


anyway, my first paper will be start in thirteen march. how I'm feeling? dua paper dalam satu hari.


gabra + gubra + gelabah



semuanya ada. perfect in one set. seriauuww ceq. *seriau means seram.
itulah kelebihannya punyai kawan dari utara selatan timur dan barat.  :)


apa apa pun, do the best okay kawan kawan saya yang utara selatan timur dan barat itu.
tidak lupa juga peringatan pada saya sendiri.
Goodnight dan Assalamualaikum. :)

February 22, 2012

Foodicious Booth. :)

Even though last weekend is really exhausted days I ever had but still I can smile and never regret for what I have done.  :)

It all began a few weeks before the FSKM festival. FSKM stands for Fakulti Sains Komputer dan Matematik.
Seriously never thinking to involve with those stuff yang melibatkan jual beli makanan. asalnya nak menumpang letak barang je. 
but then, semakin lama semakin excited sendiri and semakin galak memberi idea untuk makanan yang kawan kawan nak jual.

Orang lain yang nak buka stall tapi aku yang bagi idea itu dan ini. muka tak malu betol. -.-'


excited punya pasal sampai test recipe kat rumah.
bila tak habis habis bagi idea and most of the food di terima pula tuu dengan diaorang, lagi lah jadi excited kuasa dua.





as you can see from the poster yang tak berapa nak shantek tuu, itulah makanan yang kind of unique and different from the other stalls yang kitaorang jual. sandwich ketam, chessy wedges, chocolate oreo ice blended. 
sebenaqnya tak adalah unik mana pun since some of it makanan yang biasa di buat kat rumah macam sandwich ketam. 



bila dah kepala ni yang beri idea, confirm confirm recipe aku je yang tahu dan aku lah yang kena buat adunan nya. padan muka. harharharr...  
seriously seronok kumpul ramai ramai then main masak masak 2 malam berturut. :D



Foodicious Booth :)
we have our own mascot! 

pembeli setia dan perembat setia.
joking hafiz! ;D



Alhamdulillah semua hampir  habis dijual. banyak makanan yang laku.
the first day bila ramai yang dah rasa sanwich ketam, second day baru letak tak sampai setengah jam sandwich tu terus habis. ramai yang beli borong. sewonokkkk!   :DD


memang banyak gila aktiviti hari tu.
DOTA tournament, rumah hantu SILENT, karaoke, PC Maintenance. banyak laahh. sampai tak hengat sebab aku bukan jalan jalan pun. kena duk gerai je.


itu je lah nak habaq mai. ni pun dah lambat sangat update.
anyway thanks to everyone yang bekerjasama bertungkus lumus. tak lupa yang menumpangkan kereta, meminjamkan motor. ada yang menolong tanpa meminta balasan dengan rela, ada yang melabur duit beli kat booth kitaorang je. sangat appreciate korang okengg.   :)



the last day, sempat tinggalkan gerai kejap then karaoke. :)


again terima kasih semua dan juga kepada yang sudi membaca.
salam. :)

February 11, 2012

Not refined enough.

Assalamualaikum.


I wrote what I feels and sometimes I forgot that I should be more refined. you know what I'm trying to said here kannn? harap harap faham sebab I didn't really mean to hurt anyone.
exception to some post yang memang disengajakan post untuk membuat this certain people feels butt-hurt. itu lain cerita.



I'm trying to put some hope that with doing this I can breath more free and feel more release and kadang it is just for sharing my experienced yang dah lepas lepass. cerita ikot mulut not everyone will have this keikhlasan di hati untuk mendengar. apatah lagi mulut saya yang sukar untuk berhenti bercerita kadang kadang then suddenly pendengar buat muka bosann. teros aku stop.

kalau menulis siapa yang mahu baca, baca lah kannn. tak suka tinggalkan je. hehe did I said something wrong here? okay. tiba tiba terasa ini boleh membangkitkan amarah orang. sorry sorry.



maybe I put my hope on a wrong place. Different people have a different perception and thinking and different way to read and different way to understand something.



terjumpa mereka yang comel ni so selit sikit. ;P



anywayyy, sorry and sorry if any one of you who reading this punyai terasa di hati.
tak puas hati cakap dengan gua bro. gua tarak hal punyaa.
ewahh. :D I'm joking here again.




after reading this, please don't have a thought that I will stop post anything that have related with my past.

kadang untuk melupakan adalah dengan bosan dengannya. menulis tentangnya lama lama mesti bosan and finally tak ada kuasa dah nak mengimbas benda yang sama. maybe.





“Ever tried. Ever failed. No matter. Try again. Fail again. Fail better.”





I will be more refine after this Insyallah.
thats all and salam. :)

February 9, 2012

Kisah Cinta Dulu.

this second entry for today is actually secara tiba tiba datang when suddenly I read one of my friend post on her blog about her love story. or should I call it as, her ex-love story.



terasa kisah kita macam sama tapi tak serupa.
I hope u won't have this suddenly-feels-hurt-while-thinking-of-em feeling like I do.

meh saya kasi celita sikit naa.
ini kisah lama yang kononnya mahu dirahsiakan tapi cerita hot wehh. semua tak tertanggung menahan mulut untuk bergebang gebang lepas seorang dan seorang yang mengetahuinya.


begini..

Aku pun happy lah gilee konon kisah cinta ku yang tahan bertahun akhirnya berakhir sebab menyangka dalam hati ada orang lain. masa tu bila nampak mamat hot rasa macam,




"hey bro. tak mo ngorat ke? single neh"





okay. propaganda. you know me lahh. propa berganda yang overrr.



he ask for a reason kenapa nak minta putuihh segala neh?
aku siap ajak jumpa face to face kot bila nak habaq pasai benda tuh. aku kata tak ada sebab. tapi sebenarnya ada sebab. biarlah rahasiaa. :)
tapi yang penting ia tiada kena mengena dengan orang ketiga okey. -.-'


it takes like almost a year jugak if I'm not mistaken to really really open my heart and put the status taken back. lama lama tu walaupun tengah in relationship with someone masa tu then tiba tiba macam realize he's not like the others.

tiada penggantinya. tapi benda dah lalu dan dah jadi dann...


itu je lah yang boleh nak cerita.
yang lain censored.


itu semua buat jadi sebagai pengalaman jee. pengalaman mendewasakan. mengharap yang dihadapan lebih baik.



awak. open your heart for anyone that trying to be by your side.
jangan tutup hati tu terlalu lama sangat kalau dah ada yang sudi.
kalau jumpa yang berkenan sambar je.
nanti melepas. ;D





terima kasih membaca anyway. salam. :)

Kahwin Muda.

Assalamualaikum.

terasa berbelah bahagi bila habis ceramah Kahwin Muda hari tu nak tulis sesuatu tentang ceramah tu.
kalau tulis, kejap lagi ada berkata aku dah gataii nak kahwin. -.-'
calon pon tak ada lagi wehhh. ceth.

ni melalui pefahaman aku lah sebab aku cuba concentrate seboleh yang mungkin while the others gelak ter kekek kekek sebab Ustaz tu punya ceramah memang kelakar tak henti.








kahwin muda or nikah muda tak ada hukumnya. tapi kahwin/nikah memang ada hukumnya which you should know about this sebab everyone supposed already have learnt this masa sekolah menengah dulu.



Hukum Perkahwinan


  • Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
  • Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
  • Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
  • Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.
  • Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.





hukum bagi nikah muda tak ada cuma digalakkan mengikut hukum yang telah ditetapkan. tapi kalau nikah muda banyak sangat kelebihan + kebaikan + pahala.

Daripada menjadi kekasih berpegangan tangan mendapat dosa, kalau nikah bila pegang tangan berguguranlah dosa dosa kecil dari celah pegangan tangan suami isteri tu.
boleh naik motor sama sama, boleh dating, boleh bertepuk manja. semua dilakukan tanpa dosa malah mendatangkan pahala.






“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.” (An-Nur : 32)




maksud ayat di atas ni adalah janji Allah s.w.t kepada kita. kalau takut kahwin sebab tiada harta, Allah beri kekayaan kepada orang yang sudah nikah itu.



Andaikata boifrennn duduk jauh or tengah belajar tapi ada niat nak bernikah. jangan risau, kita ada cara yang lain untuk selesaikannya!




Have you ever heard about nikah gantung?




nikah gantung ni ialah pasangan yang bernikah tetapi tinggal berasingan dan nafkah masih belum ditanggung si suami tetapi ditanggung keluarga. ni cuma akan berlaku bila ada persetujuan kedua belah pihak. bila dua dua pihak setuju makanya tidaklah perlu risau tentang nafkah zahir dan batin.


sebut tentang nafkah zahir dan batin.

nafkah zahir is nafkah yang everyone already know tuuu. tahu kan? tahu kan?

takk? -.-'  nafkah zahir yang bagi duit makan segala tu lah.



and nafkah batin adalah sangat interesting.  :)
boleh tak jangan pikiaq kotor?  =.='

nafkah batin is not all about tidur malam tu je wokehh. nafkah batin juga adalah bila si suami boleh menggembirakan hati si isteri.
isteri yang mengandungkan anak hang, siapkan makan minum hang, yang melayan hang. tak boleh ka hang memahami isteri hang dan mengembirakan hati dia? eh. lebih lebih lak si penulis ni.


sebab tu untuk berkahwin perlunya ada dua perkara and you will be happy forever with your hubby mubby lubelyy. 2 perkara je. tak banyak pun.




Akhlak


&

Ilmu





berkahwin dengan ada dua perkara ni Insyallah lebih banyak bahagia dari derita yang mendatang.

banyak sangat yang boleh diceritakan tentang kahwin ni dan kahwin ni sesuatu yang sangat sangat membahagiakan. bunyi macam pernah experience lah pula kan? -.-'

itu je. kalau sambung lagi memang tak habis.


ni semua sekadar berkongsi.
banyak sangat lagi yang kurang dalam ni dan kalau ada yang salah silalah beritahu saya yaa.. ;D

terima kasih atas kesudian membaca. :)
salam.

February 7, 2012

Aktif Menaip. Dulu.

Assalamualaikum.

Baru je lepas edit dan save as a draft entry entry yang lama.

bila dah edit edit tu, terr..baca entry yang lama. membangkitkan memory di kala zaman batu.



most of my old entry is about my feelings.

aku nampak perubahan sikap pada kawan aku, aku pun create one entry about perubahan.
aku tak suka cara ex boyfriend aku, then I wrote something about it without mentioned it have related with my relationship. mengharap boyfriend pada masa itu mengerti.
I have some feeling to this guy then adalah ayat jiwangs tak berapa nak karat.


obviously bila tengah gembira mesti entry semuanya positif belaka.
bila tengah bengang semua ayat terkeluar.
bila kecewa entry macam nak banjir dengan air mata.
bila bengang plus kucewa pula, teros set as private blog ni.



blog ni when it is not about my journal, it must be about my feelings. secara am nya, this blogg memang totally about me. kalau tak, tak adalah aku aktif menaip dulu bukan?



tapi sekarang sangatlah jarang dah untuk update.

sebab dah tua bangka ni kot.
or sengaja je buat buat sibok.
entah.

February 4, 2012

Breakfast Pagi Ini.

sampai jee rumah terus tarik adik yang laki pergi shopping kat econsave.
bunyi macam tak puas je shopping kat tesco sri iskandar tu je kan? -.-'

ehemss. sebenarnya excited sesangat nak buat eksperimen dekat makanan. beli barang malam semalam, malam semalam jugak buat. nampak tak betapa tinggi tahap excited nya tuh. lepas tu buat untuk makan breakfast pagi tadi. wuuhhh....sangat menyelerakann.


nak lihat? nak lihat?





it's home made cheesy wedges!

kentang pun sendiri kupas sendiri punya bahan wokeyy. tak main lah beli then goreng. tak original tahu. ;P
spend some money to make this food. berbaloi bila rasanya pun not bad. :) lepas tu balik dari hospital tahu tahu dah habis licin. -.-' never mind. janji depa suke.  :)  *depa referring to my family.*


ouh. cheese tu tak berwarna cheese yang sepatutnya sebab terdapat bahan yang tak boleh di letakkan sebab adik yang sorang nih allergic dengan bahan tu.  




tu diaaa! saja taruk gambar lagi. HAHA ;D

okey. nak pack barang nak pergi balik kampong. :)


yang sedang cuti, cuti tu cuti juga. jangan lupa buat assignment. harharharr...
thanks to read this dan Assalamualaikum. :)

February 1, 2012

2012 Kiamat. Sejauh Mana Kebenarannya.

Asslamualaikum.

Minggu ni dengan minggu depan memang banyak sangat ceramah yang sangat menarik perhatian tajuknya. jadi malam semalam pergi ceramah dari Imam Muda Ashraf tentang '2012 Sejauh mana Kebenarannya.'
Secara jujurnya aku pun tak tahu apa tajuk ceramah malam tu sebab terlalu banyak ceramah yang dianjurkan sampai aku jadi konpiuss. -.-'

selagi masih ingat lagi tentang apa yang diperkatakan oleh Imam Muda kita, izinkan saya kupas selapis demi selapis tentang isu ni. cewahh. ada gaya lah kan?


.............................................................................................................................


Ustaz Ashraf kata tajuk ni agak berat, bukan berat apa. takut cuma 5 minit je beri ceramah...dot dot dott.

faham ke idak? takut baru 5 minit beri ceramah lepas tu ki.. haihh.. tak mampu nak jelas secara terang terang. buat buat faham je lah.



bila semua orang sibuk perkatakan tentang kiamat terjadi pada 2012, lagi lagi dengan iklan syampu yang macam har....  tu aku macam ambil masa sama ada nak fikir benda tu betul akan terjadi atau pun semuanya propaganda semata mata. lastly aku pegang pada satu benda je. ni berlaku sebelum pergi ceramah lah.

menilik ni one of the way to predict what would happen in future. sedangkan menilik sudah terang terang dikatakan haram dalam Islam. apatah lagi kita nak kata Kiamat akan berlaku pada tahun ni, 2012 pada tarikh sekian sekian. tapi tidak pula aku menidakkan berlakunya kiamat pada tahun ni. kita tidak mengetahui.

sedangkan Rasulullah s.a.w. yang mengetahui dan champion kepada segala perkara ghaib tidak mampu nak menjawab tentang persoalan kiamat. apatah lagi kita walau sebesar semut pun tak setanding dengan Baginda.


kiraan di buat pada kitab rujukan kita, Al-Quran yang seolah menunjukkan pada satu tarikh yang ada pada tahun ini dan Ramadhan kita jatuh pada hari Jumaat juga tahun ni. banyak andaian yang dibuat tapi semua tu, wallahualam..



“(Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.” Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah al-A’raf, ayat 187).



Semestinya, sesuatu yang mustahil bagi manusia membuat kiraan untuk mengetahui tarikh sebenar bila berlakunya hari kiamat.


Ustaz kata, untuk apa kita sibuk sibuk untuk semua itu? buat apa kita terlalu sibuk tentang Freemason dan dajjal. Ramai sangat yang obses dengan benda tu semua. dari sibuk tang tu semua, elok pertingkatkan iman sebab kiamat kita tak tahu bila tapi mati itu pasti.


nak tahu lagi banyak?


semua ni di karang ringkas untuk dikongsi sambil kita saling mengingatkan dan memberitahu kepada sesiapa yang masih tertanya tanya tentang 2012. itu sahaja.

terima kasih atas kesudian membaca.
Salam. :)