November 3, 2016

Pulau Redang 3H2M Part 1

So before you start reading this entry, amaran perlu diberi. Entry ni sangat panjang. Bersambung-sambung. Ada 2 entry dan ini entry pertama maka itu bersabar yea because it takes me half day for 1 entry. 😆


So, let's start!


2, 3 bulan sebelum tu geng da tanya bila nak pergi bercuti? Kat mana nak pergi? Tak kisah pun nak ke mana tapi semua tunggu aku. Aku lah punca last minute booking package vacation. 😅 memang bersalah sangat rasa tapi duk pikir janji dah lama, ekonomi merosot. Tu yang kena pikir banyak benda sebelum nak pergi dan sebelum nak mintak permission dari parents.

Sebulan sebelum tu lagi sekali di tanya bila dan kat mana. No more tangguh-tangguh sebab memang dah target nak pergi bulan 8. Sebagai permulaan aku usha blog orang untuk review setiap pulau yang diaorang cadangkan. Search je kat google nama pulau lepastu wajib letak perkataan 'blogspot' selepas nama pulau. Dah puas korek info terus aku cadangkan Pulau Redang sebab ramai yang kata kat sana best, chalet pun best, makanan pun sedap which is sangat penting. Bercuti juga bermaksud makanan yang sedap. Dan yang penting kena dengan bajet masing-masing. Paling penting sekali! 


Dah decide pulau -> cari agent -> contact -> booking dengan bayar RM100 satu kepala -> tunggu kau pulau aku datang! 


Seminggu sebelum pergi dah kumpul barang nak bawa sikit2 tapi yang kelakarnya, tiket bas pun tak beli lagi. Ye la. Kuala Terengganu tu memang depan rumah je. 😆 Nasib baik bijak lagi geliga hari-hari usha tiket bas sp bumi online bukan gigih menapak pergi bas sentral. Makin lama usha makin sikit tiket yang available. 3 hari sebelum pergi baru lah terkedek-kedek nak beli. Yeayyyy! 



Tibalah hari kejadian malam khamis tu buat la muka kesian kat parents mintak tolong hantarkan kat terminal bas klang. Masing-masing naik bas dari tempat berbeza. Malas nak bazir masa kumpul satu tempat. Naik je bas dari tempat sendiri. 

Aku naik bas kat Meru, Klang
Shida kat Shah Alam 
Day kat Kajang
Yana kat Manjung, Perak. 

Yang bestnya semua sampai kat Kuala Terengganu beza berapa minit je. Kitaorang semua naik SP Bumi sebab murah dari yang lain. 😋 Lepastu berkenan dengan waktu bas bertolak which is malam.

Dengan ini bermulalah perjalanan kami. Jeng jengg



*   *   *   *


First Day
Pukul 5pagi dah sampai terminal Kuala Terengganu. 


Menunggu Tuan Puteri Hidayah tak sampai lagi

Disebabkan Shida aktif dengan silat, kawan pun merata-rata kat mana-mana. Dan rezeki kitaorang kawan Shida, Hamid sudi tolong hantar ke jeti dari terminal siap pelawa balik rumah family dia untuk solat dan rehat. Untung gile okay. Tambah lagi untung sebab mak dia pelawa sarapan nasi minyak dgn gulai ayam😄😄😄 Ya Allah bahagianya.. Alhamdulillah rezeki waktu pagi bangun awal 5pagi. HAHA bajet bajet. Tak. Sebenarnya aku tak tido pun dalam bas sebab sejukkkkk! Tolong yea bawa jaket. Lupa bas malam memang beku.

Tiket feri kena ambil sejam sebelum feri sampai so bergegas lah kami dari rumah Hamid ke jeti. Dapat je tiket hati dah senang. 😆 Tak sabar ok. Tak sabarrrrr....  Selamat rasa kat sana bila ada kawan yang memang orang situ tunggu sampai kitaorang masuk terminal naik feri. Terima kasih Hamid  😄

Gambar pertama kat sana! >.<



Sejam dalam feri mula lah tebus tido yang tak cukup malam tadi. Sejam ok nak sampai pulau. Sebab tu pulau dia cantik. Jauh dari kerakusan manusia zaman besi. Ewahh kemain nak berpuitis. Bagi can kayh?



Pergi weekend memang full house wa tell you. Very pack meh.
Abe ensem ngorat dalam feri

Pukul 12 camtu sampai Redang. But wait. Jangan eksaited sangat terus lompat sebab nanti instead of jejak pasir terus masuk laut. Kena buat stop kat jeti terapung tunggu bot datang angkut ke pulau. Entah tak tahu nama jeti apa tapi nampak macam jeti terapung so dapat lah nama gitu. hehe


Jeti terapung

Tudung hancur tak apa yang penting wefie


Jejak je pasir pantai terus carik atap hijau okay kalau Redang Lagoon. Jalan kaki je gi chalet sebab dekat. Kat sini nak nasihatkan pakai lah bagpack macam Dora the Explorer tu. Kalau beg tarik, tarik la kau kat pasir putih tepi pantai, ombak saling berkejaran. Kesian tengok aunty yang tarik beg baju dia kat pasir. Struggle gile nak tarik.

Tengok laut dengan pantai dia cantikkkkkkk! Biruuuu! Jernihhhh! Tapi macam acah cool lah kan. Alaa pantai je pun. Padahal rasa nak bergolek kat pantai tu dari hujung ke hujung pantai. 😂😂😂



Macam je la cool tapi tak dapat sorok pun.
Atap hijau = Redang Lagoon

Check in, dapat kunci, bayar baki kat kaunter terus cop katil masing-masing. Sebab aku ni anti dengan sejuk taknak air-cond so aku prefer tido tingkat atas ada kipas. Rela tidur berkipas tapi lena daripada tidur guna aircond tapi kejap kejap bangun pegi toilet. XD










Tak lama tu pergi lunch. Makanan kat cafe memang sedap sedapp! Lauk makanan biasa tu je tapi sedap laaa. Lambat sikit je makanan terus lesap. Tapi jangan risau sebab macik abe kakak kat situ memang akan topup lauk sampai semua orang dapat makan dan cukup.

Pukul 2.30petang kena ready sebab nak pergi snorkling.




Sewa safety jacket dgn goggle RM20 utk sepanjang 3hari 2malam kat situ. Ada abe mulut petah masa pegi tu memang terhibur. First snorkeling tempat yang dia bawak tu penuh dengan batu karang hidup dengan ikan ikan cantik. Seronok tengok 😄  tak tipu. Memang leka. Lagi best kalau ada roti memang kena kerumun dengan ikan. 





Balik snorkeling, minum petang lepastu sambung lagi main air. Datang jauh-jauh so kena lah make sure mandi sampai puas air laut jernih tu. Kalau nasib baik sambil berendam tu nampaklah anak ikan jerung kat situ. 





Malam ada bbq. Termasuk dah sekali dengan pakej yang bayar tu. Bahan semua chalet sediakan, kitaorang cuma kena bakar dan makan! Tamak memasing bakar banyak banyak pastu tak habis. Amalan setan. Terok perangai. Tapi kitaorang bungkus untuk makan bila lapar nanti. hiks.



Ni meja perempuan. Jangan konpius.
Malam kononnya ada energy so berjalan dekat chalet sebelah bila nampak ada lampu cantik





Habis tu terus tumbang kat katil sebab penat. Hehe tunggu for my next post in shaa Allah I'll post it tomorrow.Toddles!

Tekan SINI untuk Part 2

No comments: